Tuesday, January 24, 2017

#warnaNSW : La Perouse Beach

Assalamualaikum.

I don't think I am capable to post entries of all places (that I've been to) before the new semester starts.
So I might post an entry per week or more or none.
Bear with me.

So today.
It will be a throwback about a beach in La Perouse which is called La Perouse Beach.
I thought it is the only beach in that area,
but when I search for it online, I found a few other beaches nearby...
I'm aiming to go to the other beaches since from my experience less known beaches are more peaceful, calming and have their own charms. ahaa.

Pantai La Perouse terkenal dengan dia punya sunset view.
Bagi aku dia lawa jer tapi macam biasa biasa pun ada jugak,
Maybe sebab time aku pergi tuu it was cloudy so I didn't get a perfect sunset view.
Dan kat pantai ni, banyak jer tempat yang lawa-lawa.
Kalau tak takkan laa ramai orang pergi buat wedding photo shoot kat situ.
Last time I went there, I met at least 5 couples who are doing photo shoot.
Boleh Google kalau nak tengok gambar yang lagi lawa.

Masa aku pergi tu tak banyak pun ambik gambar sebab niat nak pergi kejap jer.
Lagipun nak solat maghrib semua, sebab nak balik solat kat rumah memang tak sempat.
But it was nice, pergi pantai tengok sunset, solat kat open space, tepi laut.
If you guys are planning to do so, aku nak recommend tempat solat kat sini...
Bila sampai pantai, akan nampak ada jambatan, cross jambatan tuu..
Nanti jumpa area bukit batu-batu sikit.
Jalan sikit nanti jumpa kawasan yang agak terpinggir, takde orang lalu-lalang sangat.
Okay la tuu nak buat tempat solat.







Itu sahaja lah gambar kali ni. Tak banyak sangat.

Till then
Take care people!
May Allah bless.

Bye bye..
Wassalam.

Tuesday, January 17, 2017

#warnaNSW : Vivid Sydney 2016

Assalamualaikum and hi there! 

I'm still looking for my style of writing, 
yeah you know those questions like 
"should I use aku or saya?" 
"should I be more formal or not?" 
"malay, english or both?" 
yada yada yada. 
So I guess instead of being bothered by those I'll just start writing first hahaha. 

To be honest, I've been writing things like blog entries, diaries, journals since forever... 
I even used to have this kind of diary where instead of writing things down, I drew them up. 
But I don't really let people have access to my writings and in fact I won't let that happen. 

So this blog is my first medium to let people know what I've been thinking. 
Believe me, my thoughts are not that interesting.
It's just that I come to a point in my life where I feel like sharing. *smile* 

********************

#warnaNSW merupakan satu project yang mana saya akan berkongsi gambar, cerita tentang acara dan tempat-tempat disekitar New South Wales, Australia.

Rasanya ni merupakan satu cara untuk saya manfaatkan segala gambar yang ada.
Nak print semua tak mampu,
Nak upload semua kat instagram macam hmm takpelah,
Nak share kat twitter agak leceh sebab 1 tweet boleh masukkan 4 gambar jer,
Maka di sini jelaa.  

********************

VIVID SYDNEY  2016 

Satu acara tahunan yang sangat laa menarik. 
Yang mana kita boleh tengok segala macam hasil kreatif manusia. 
It's a festival of light, music and ideas. 
Telah berlangsung 27th May - 18th June 2016. 

Untuk seorang yang bukan berasal daripada tempat-tempat seperti 
Kuala Lumpur, Putrajaya & Shah Alam.
Tempat selalu menjadi host untuk pelbagai acara dan festivals,
Vivid Sydney merupakan sesuatu yang sangat menarik. 

Biasanya tempat yang banyak attraction untuk Vivid Sydney ni kat 2 areas;
Circular Quay dengan Darling Harbour. 
Tahun lepas hanya berkesempatan untuk ke kawasan Circular Quay. 
Boleh laa tengok Opera House, Harbour Bridge, Botanical Garden. 

AMARAN: Gambar kat bawah ni banyak dan saiz dia agak besar. Jadi mungkin akan mengambil masa yang lama untuk loading. Sabar eh. 
















Vivid Sydney nii every year dia akan ada tema lain-lain. 
Kita tunggu tengok tahun ni teman apa. 

Till then. 

May Allah bless. 

Wassalam. 

Saturday, January 7, 2017

Banjir - jika tidak berpindah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dan kini musim tengkujuh lagi.

Masih 20an tapi sudah berhadapan dengan 2 kali banjir besar di Kelantan, 2004 dan 2014. Saya juga pernah melalui beberapa lagi episod banjir yang tidak seteruk 2 tahun berkenaan. I survived, Alhamdulillah.

Although I know my blog doesnt have any other reader except me HAHA, I still have the urged to share langkah-langkah nak berhadapan dengan banjir. I don't have a lot of experiences but I believe these steps will benefit someone. So keep reading people!

note: ini bukanlah persediaan yang sentiasa dicanang-canangkan di TV mahupun akhbar.. ini cuma perkongsian pengalaman. dan mungkin ini hanya tips jika anda memilih untuk tidak berpindah (mungkin kerana mempunyai rumah yang dirasakan cukup tinggi). 
So now dah boleh kot kalau rasa nak stop baca dan google the REAL safety precautions.

AMARAN: tips-tips ini mempunyai ulasan yang sangat panjang. 


1. AIR BERSIH
Anda sangat memerlukan air.. So first thing first, simpan air banyak-banyak. Dalam tong, baldi, botol, atau mungkin anda boleh Google tips simpan air dalam plastik. Saya ada terjumpa orang share tips ni bila ada krisis bekalan air kat Selangor.
Nak senang asingkan ikut keperluan, makan, minum, wudhu, mandi etc.

Sejujurnya, air paling penting untuk makan dan minum. Kalau takat nak wudhu, mandi ataupun keperluan lain boleh la guna air banjir. Ianya suci, lebih 2 kolah okay. Tapi my parents selalu pesan, make sure air dah betul-betul banyak before deciding untuk guna air banjir untuk wudhu, mandi etc sebab usually masa awal-awal air naik, memang banyak sangat sampah yang dihanyutkan bersama, but once semua sampah tu dah dihanyutkan, insyaaAllah air yang tinggal tu memang dah bersih walaupun takde laa sebersih air putih jernih yang keluar dari paip pada hari-hari lain.

Persiapan ini jugak penting sebab bila banjir dah teruk sangat, kebiasaannya bekalan elektrik terpaksa diputuskan. Makanya sesiapa yang menggunakan air telaga (teknik boring) akan terputus bekalan air bersih walaupun telaga anda masih belum dimasuki air banjir. Mereka yang menggunakan bekalan air daripada syarikat air juga mungkin boleh terkesan bila air yang keluar dari paip bukan lagi jernih putih bersih.

Pengalaman: Saya dan keluarga pernah survived berhari-hari dengan mandi, wudhu, basuh pinggan etc menggunakan air banjir. Alhamdulillah. During that time, air bersih hanyalah untuk minum dan memasak. Alaaa air banjir tu kan air sungai, orang yang tak dapat bekalan air bersih pun survive hidup dengan air sungai jer. 


2. CAS BATERI PHONE, LAPTOP, POWER BANK
Ini sangatlah penting untuk memastikan anda tidak terputus hubungan dengan dunia luar. Melalui media sosial, radio etc anda boleh dapatkan maklumat keadaan semasa. Supaya anda boleh merancang tindakan seterusnya.

Personally, saya sangat suggest untuk TOP UP banyak-banyak untuk yang menggunakan sistem prepaid. So that, bila bekalan elektrik terputus, anda boleh langgan internet dengan your network provider, tak delaa rasa nak nangis bila takde wifi sebab modem mati. Bagi pengguna sistem postpaid, make sure bayar bill, so takdelaa tetiba line kena potong ke apa.

Kenapa cas laptop?
Pertama, sebab nak senang tengok update kat internet. Kedua, bolehla layan movies atau runningman atau drama melayu kalau dan bosan sangat kannn. hmmmm.
Walau apa pun kepentingan laptop bagi anda, yang paling penting sekarang laptop boleh dijadikan sumber untuk cas bateri phone bila dah darurat sangat. Anda takkan tahu berapa lama anda terpaksa hidup tanpa bekalan elektrik so better be prepared!

Pengalaman: Sewaktu banjir 2004, my mom bought a lots of batteries untuk radio supaya kami akan selalu up to date dengan info banjir. Pada 2014, power bank sangat-sangat berguna! Walaupun ada YES hudle, tapi line kena potong sebab tak bayar bill maka bertabahlah tanpa internet. Kredit dalam phone pun sikit sangat, jadi daripada langgan internet lebih baik simpan untuk emergency. Jadi bila banjir sudah surut dan dah dapat berhubung dengan dunia luar, saya rasa sangat ketinggalan. Banyak rupanya benda yang dah berlaku. Heeee. 


3. MAKANAN! 
Yang ni rasanya tak perlu nak explain sangat kot.
Simpan bekalan untuk lebih kurang seminggu.
Beras, sardin, roti, pasta (yes, kami makan pasta time banjir), bawang, telur, tepung, bihun, sayur, buah, ikan bilis, mee segera, minyak masak.............
Boleh fikir sendiri kot, yang pasti beli yang tahan lama dan sebolehnya yang tak perlu disimpan dalam peti ais. Remember kita tak tahu bila bekalan elektrik akan diputuskan.
Lagi satu, ingat yang bila sejuk anda akan cepat lapar.


Pengalaman: My mom memang dah biasa dengan banjir, so dia memang akan beli makanan banyak-banyak. Pasta merupakan alternative terbaik bagi bihun yang selalunya akan habis stok bila tiba musim banjir. 


4. PINDAH LAAAA....

Ni rasanya tips yang paling biasa anda dengar dan lihat kat kaca tv. 
Bila dah teruk sangat tu saya sarankan agar berpindah jelaaa. Tapi yelaa kita pun tak tahu kan banjir tu akan seteruk mana. 
Cuma kalau pindah awal-awal, takdelaa menyusahkan banyak pihak sangat. Lagipun, bila arus dah terlampau deras dan banjir dah makin teruk, pihak berkuasa pun susah nak datang ambil. Mereka pun banyak lagi tugas lain. 
Kepada yang berkemampuan dan rasa tak selesa untuk ke pusat permindahan, mungkin boleh menyewa homestay atau hotel di kawasan yang tidak terjejas.

Pengalaman: Pada 2014, kami hanya membuat keputusan untuk berpindah setelah air sudah sedalam hampir 9 kaki.. Dalam rumah okay jer lagi tapi sebab takut nanti susah nak pindah malam-malam. Bila call bomba semua respon lambat sebab diorang tengah sibuk misi menyelamat dan memindahkan mangsa kat tempat yang lagi terjejas. Nasib baik kat kampung kitaorang ada orang yang ada motorboat, jadi kenderaan itulah digunakan bagi membawa keluar penduduk sekitar. 



I can't think of anything else. 
That's all for today and I really hope this will give benefit to someone. 

Take care and stay safe people! 
May Allah bless. 

Wassalam.